JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu
mengenai penemuan sebungkus mi segera, dua biji telur dan sebelah
selipar ketika operasi mencari Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang
dilakukan di ladang kelapa sawit berhampiran Flat Seri Delima, Bandar
Seri Alam, dekat sini tahun lalu.
Butlangan Ali Ibrahim, 40, berkata, kesemua barangan tersebut
dijumpai di ladang tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah
mangsa kira-kira pukul 11 pagi, 4 Mac tahun lalu ketika dia bersama
penduduk setempat menjalankan operasi mencari Dirang.
Dia yang bekerja sebagai jurukimpal bersama beberapa lagi penduduk
menyertai operasi itu selepas diminta oleh datuk Dirang, Alan Alip, 50,
bagi membantu mencari cucunya yang hilang.
''Saya bersama beberapa penduduk masuk ke dalam ladang itu pada pukul
9 pagi dan menjumpai sebungkus plastik mi Sedap dan telur kira-kira 500
meter dari Flat Seri Delima.
''Tidak jauh dari plastik itu, kami jumpa satu selipar tetapi tidak tahu milik siapa,'' kata saksi pendakwaan ke-20 itu.
Dia kemudian menunjukkan selipar itu kepada ibu Dirang, Roselyn Alan, 26, yang kemudiannya mengesahkan barang itu milik anaknya.
Butlangan memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Muidin
Maidin, 26, yang didakwa membunuh Dirang, 5, di ladang kelapa sawit,
Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi,
1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.
Tertuduh yang merupakan buruh kontrak didakwa mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit
kesalahan.
Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu, ketika membeli mi
segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri
Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh
dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.
Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia
mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat rentung
yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa
Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu adalah milik mangsa.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar
Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar,
manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Daud Ismail dan Mohamad
Abd. Kadir.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung 8 hingga 12 April ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan