IPOH – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana
telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain
menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka
telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
“Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas…kita mahu penceroboh
militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan
Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini hari ini.
Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi
dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap
anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
“Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan
mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh
mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh
badan.”Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia
kerana perbuatan ini tiada belas kasihan,” katanya.
Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.
“ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan
hadapan, kita harus musnahkan musuh…kita hormati bidang kuasa yang ada
pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas
mengikut perundangan,” katanya.
Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan
tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM
dalam insiden pencerobohan itu.
“Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan
yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama
sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara
sentiasa bersama,” katanya.
Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa
dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi
dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak
demikian.
“Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa
mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh
kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan
dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan
pemimpin-pemimpin lain,” katanya.- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan