MANILA - Anak perempuan ketua kumpulan pengganas Jamalul Kiram
III, mendakwa Presiden Filipina, Benigno Aquino III menuruti nasihat
seorang Sultan dari Malaysia dalam menangani krisis di Sabah.
Akhbar Filipina melaporkan Jacel Kiram mempersoalkan mengapa Istana
Malacanang mengikut 'telunjuk' Sultan Ibrahim Ismail (Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar) yang merupakan Sultan Johor berhubung krisis tersebut.
Dia turut mengkritik Aquino memihak kepada rakyat Malaysia dan
kenyataan Presiden Filipina itu yang dilihat menyokong kepentingan
Malaysia.
"Berdasarkan sumber Istana Malacanang, Sultan Ibrahim dan ayahanda
baginda, Sultan Mahmud Iskandar (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum
Sultan Ismail) pernah tinggal bersama Aquino dan keluarganya di Boston,
Massachusetts pada 1970-an.
"Siapakah baginda (Sultan Ibrahim) kepada anda? Adakah baginda
bertanggungjawab mengapa Presiden tidak mendengar sebarang nasihat
jururunding politiknya," katanya pada satu sidang media, semalam.
Jacel mendakwa, Sultan Ibrahim merupakan jururunding yang memberi nasihat kepada Presiden Filipina itu.
"Hubungan rapat Presiden dengan Sultan Ibrahim yang merupakan sekutu
rapat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga
menjelaskan mengapa kenyataan dan tindakan Aquino kelihatan
pro-Malaysia," katanya.
Sementara itu, jurucakap kerajaan, Edwin Lacierda pula berkata, ini merupakan kali pertama beliau mendengar nama Sultan Ibrahim.
"Kiram sering mengeluarkan kenyataan yang samar-samar, penuh
sindiran, menuduh orang lain tetapi tidak pernah melihat kesalahan
mereka.
"Bagaimana seseorang mahu melihat kerajaan akan menyokong pendekatan bersenjata dalam satu isu yang berlaku sejak kurun ke-19.
"Dalam usaha untuk menuntut sesuatu yang didakwa milik mereka, mereka
menggunakan pendekatan bersenjata dan kini tindakan mereka
mengakibatkan kehilangan nyawa, mereka menyalahkan semua orang kecuali
diri mereka sendiri," katanya. - AGENSI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan