LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas
bersenjatakan parang manakala seorang pengganas wanita diberkas dalam
operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin
berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang
susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi
manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera
di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan.
"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula
stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau
pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 di sini semalam.
Menurut beliau, pengganas lelaki yang ditembak mati itu hanya
bersenjatakan parang manakala wanita itu pula tiada senjata semasa
ditangkap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan