Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.
“Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini,” katanya.
Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.
Polis Cedera Dalam Insiden Tembak-Menembak Di Semporna Dihantar Pulang Untuk Rawatan
SEPANG: Pegawai dari cawangan khas, Bukit Aman yang cedera dalam insiden tembak-menembak di Semporna dihantar pulang ke sini bagi mendapatkan rawatan perubatan.
Dipercayai, pegawai itu adalah Inspektor Mohd Hasnal Jamil, 31, yang terselamat dalam kejadian tembak-menembak pada Ahad ketika menentang penceroboh Sulu bersenjata.
Difahamkan, beliau tiba di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 6.25 petang menggunakan pesawat komersial.
Sumber polis yang ditemui di KLIA berkata, anggota polis yang cedera itu akan dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan