KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin
menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan
begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan
meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.
Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun
lagi, veteran UMNO itu berkata: Uji beliau. Berikan beliau mandat.
Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau
melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."
Dalam
wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih
suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana
Menteri.
Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya
akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan
lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah
diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.
Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.
Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan
nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank
Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia),"
katanya.
Daim yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai
Menteri Tugas-Tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai
Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata, adalah bahaya jika
pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.
Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa
perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan
apa yang perlu dilakukan," katanya.
Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang
daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Lebih
teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah
mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.
Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi Penasihat Ekonomi Kepada
Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara
serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.
Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan
untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, Daim berkata: Sebenarnya,
takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan
itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih
sayangkan Malaysia."
Daim berkata, beliau akan menyokong Najib, tetapi
Perdana Menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah,
memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.
Beliau berkata, Najib juga perlu merombak Kabinet. Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan
terlalu banyak orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah
melepasi tarikh luput," katanya.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan
datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian berkata, BN boleh
menang, tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.
UMNO mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA kira-kira satu juta dan
MIC kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada
pengundi.
Kini, anda hanya perlu mendapatkan sokongan daripada golongan atas
pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan
calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi,"
katanya.
Daim berkata, sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan
pembangkang akan menjadi lebih baik seperti mana yang berlaku pada 2008.
Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan tangan
yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu, kata
Tun Daim. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan