KOTA KINABALU: Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mendakwa
dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu yang sebenar meminta komuniti itu
untuk tidak memberikan sebarang bantuan kepada kumpulan bersenjata Sulu
yang sedang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan
Malaysia.
Akjan yang mendakwa sebagai pewaris sah kepada kesultanan Sulu
berkata, komuniti Suluk di Sabah harus taat setia kepada Malaysia.
Sambil meminta saki lelaki bersenjata Sulu untuk meletakkan senjata
mereka dan menyerah diri tanpa syarat, dia berkata kedegilan mereka
hanya akan menyebabkan masalah itu berterusan.
"Saya ingin memberi amaran kepada komuniti Suluk di sini bahawa
mereka adalah rakyat Malaysia. Oleh itu, mereka harus sentiasa taat
setia kepada Malaysia dan menjadi antara yang pertama untuk tampil ke
hadapan dalam mempertahankan negara.
"Lelaki bersenjata Sulu harus berundur tanpa meletakkan sebarang syarat.
"Jika mereka terus berdegil, ia hanya akan membawa banyak masalah kepada diri mereka.
"Jika anda (Tausug dari Filipina) ingin menuntut Sabah, jadi kami,
komuniti Suluk dari Sabah, juga boleh membuat tuntutan itu. Namun apa
yang perlu dituntut apabila kami kini adalah rakyat Malaysia sementara
anda adalah kumpulan dari Republik Filipina sama seperti Jamalul Kiram
III," kata Akjan yang ditahan berhubung 'Projek IC'.
“Langkah mayat saya dulu sebelum saya membenarkan rakyat Filipina
menuntut Sabah sebagai sebahagian dari negara mereka," katanya.
Akjan yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah
Islamiah (Pekida) di Sabah berkata, mereka menyokong pendekatan yang
dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengusir
keluar kumpulan bersenjata itu.
Dia berharap komuniti lain di Malaysia tidak beranggapan sterotaip
terhadap komuniti Suluk di negara ini selepas insiden di Lahad Datu.
"Kami komuniti Suluk Sabah dan Malaysia, sudah berada di sini untuk sekian lama.
"Mustahil bagi kami untuk menjadi sebahagian dari Filipina," katanya.
Akjan turut menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden PKR, Tian
Chua berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno dalam pencerobohan
rakyat asing itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan