KOTA BHARU - Menteri Besar Seumur Hidup, Nik Abdul Aziz Nik Mat
menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 ini, sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa
menggunakan kerusi roda sekali pun.
Menteri Besar Suka Tidur itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada
politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi, manakala bagi pilihan
raya umum ini, Pas Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib
bertanding.
Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding
walaupun saya berkerusi roda, saya bertanding, kalau parti kata cukup,
cukuplah.
Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga
bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk
Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau
Melaka di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan
sebagai Menteri Besar selama 22 tahun manakala di peringkat Pas Pusat,
beliau menjadi Mursyidul Am Pas sejak tahun 1987.
Pada pilihan raya umum 2008, Nik Abdul Aziz yang bertanding di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Chempaka berjaya menewaskan calon Barisan Nasional
(BN), Datuk Dr. Nik Zain Omar dengan majoriti 4,249.
Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke
hospital menyebabkan banyak pihak mengkritik dan meminta beliau berundur
daripada terus terlibat dalam arena politik, namun Nik Aziz tidak
pernah mempedulikan kritikan itu.
Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik
jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya,
namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik
Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya
Sementara itu, mengulas tentang persiapan Pas Kelantan untuk
menghadapi pilihan raya umum, Nik Abdul Aziz berkata, 90 peratus
daripada calon yang akan bertanding telah disiapkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
takpa..dia kan "tuhan" orang2 PAS..ikut suka dia lah..dia pun kuat lagi..bukan nyanyuk pun...stakat nak berdiri berucap 4/5 jam xde hal punya
Catat Ulasan