LAHAD DATU: Kesemua 28 mayat pengganas Sulu yang disimpan di
Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara
dituntut oleh waris mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata
pengebumian sementara itu akan dilakukan bagi mengatasi masalah
kekurangan bilik mayat di kedua-dua hospital tersebut selain mengekang
masalah kesihatan yang mungkin timbul.
Khalid yang tidak mendedahkan lokasi pengebumian itu berkata, ahli
keluarga yang menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan bukti sampel
DNA mereka sepadan dengan pengganas yang terbunuh sebelum mayat itu
diserahkan.
"Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina mereka
boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan
terbabit. Manakala bagi mereka yang berada di dalam negara boleh pergi
ke balai polis," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Panglima
Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat di
sini, Rabu.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan
masih menerusikan operasi memburu saki-baki pengganas bersenjata di
kawasan Kg Tanjung Batu.
Operasi tersebut dijangkan akan diteruskan selama beberapa hari lagi.
"Kami ingin memastikan bahawa kawasan itu selamat sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah mereka," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan