MANILA, Filipina - Seorang lagi Sultan Sulu tampil dengan beberapa
wakilnya menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan
Sulu yang sebenar.
Beberapa wakil Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza
kelmarin mendakwa beliau ialah Sultan Sulu sebenar kerana berasal
daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu, Jamalul Alam.
Menurut dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer,
wakil-wakil Badaruddin cuba menyakinkan Presiden Filipina, Benigno
Aquino III supaya mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai
2012.
Pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta
bantuannya bagi tujuan yang sama.
Seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki
berusia 74 tahun itu Arturo Sampana berkata, Badaruddin ialah anak
keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk
Mohammad Bataraza.
Ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau
Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah
dari 1881 hingga 1884.
Katanya, Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila
beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk
Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri.
Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul
Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya.
Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam.
"Menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta
terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang
memerintah," kata Sampana.
Pada 12 Februari lalu, adik Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram
membawa sejumlah pengikut bersenjata memasuki Sabah untuk menuntut
negeri di Malaysia Timur itu sebagai milik Kesultanan Sulu. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan