MANILA - Seorang warga Filipina yang mengaku sebagai Sultan Sulu,
Sultan Jamalul Kiram III semalam memberitahu para pengikutnya supaya
berhenti bertempur selepas seminggu berlaku pertempuran dengan pasukan
keselamatan Malaysia di Sabah.
Jurucakap Jamalul Kiram di sini menyatakan pihaknya mengisytiharkan
'gencatan senjata sebelah pihak' sebagai reaksi terhadap desakan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon
supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan.
Lebih 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Kampung Tanduo di Lahad
Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah warisan
Kesultanan Sulu.
"Tentera kami akan berada dalam kedudukan bertahan," kata jurucakap itu, Abraham Idjirani.
Menurutnya, para pengikut itu tidak akan melakukan sebarang tindakan.
"Para pengikut itu akan kekal berada di tempat mereka sekarang.
"Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya.
Menurut Idjirani, pihaknya berharap Malaysia turut melakukan gencatan senjata.
Menurutnya, gencatan senjata itu dilakukan sehingga PBB mengeluarkan
mekanisme komprehensif berhubung pengunduran tentera Kesultanan Sulu.
Bagaimanapun, pengunduran itu tidak bermakna pihaknya menggugurkan tuntutan tanah di kawasan itu. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan