SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri
Sembilan akan dibubarkan pada tengah malam Rabu selepas tempoh penggal
lima tahunnya berakhir, menjadikan ia yang pertama di negara ini
dibubarkan secara automatik selepas pilihan raya umum 2008.
Seramai 36 anggota DUN (ADUN) mengangkat sumpah pada 27 Mac, 2008 dan memulakan sesi pada 25 April, 2008.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas pembubaran
itu, exco negerinya akan meneruskan tugas sebagai penjaga kerajaan
negeri, seperti yang disediakan dalam perlembagaan negeri.
“Saya akan terus kekal sebagai Menteri Besar, dan bersama saya adalah
para exco, yang akan mengendalikan kerajaan dari hari ke hari.
“Perlu ada penjaga kerajaan kerana kita perlu membayar gaji dan
melihat beberapa perkara sepanjang tempoh itu... tanpa penjaga kerajaan,
akan adanya anarki,” kata Mohamad kepada para pemberita selepas
menyampaikan zakat dan pembiayaan pengajian kepada pelajar yang
menyambung pengajian tinggi di Timur Tengah pada Isnin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan