KUALA LUMPUR: Kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:
5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan
jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di
Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan
penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.
5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah
dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan
usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak
berjaya.
5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu
sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana
percaya masih ada musuh di kawasan itu.
6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula
menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri
daripada kepungan pasukan keselamatan.
6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota
kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam
lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.
6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan
keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam
sebuah lubang.
6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad
Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak
terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan
keselamatan Malaysia di timur Sabah.
6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan
dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad
Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.
7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata
pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk
mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.
7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan
bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan
kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden
pencerobohan tersebut.
7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di
Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur
negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan
Lahad Datu.
- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.
- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.
- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.
- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang
ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai
sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.
7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata
seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala
31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.
7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan