Fatima Celia, isteri kepada Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berkata, kerajaan Filipina seharusnya memohon maaf kerana tidak melindungi “keluarga diraja Sulu”.
“Kerosakan sudah berlaku, bukan? Ramai yang sudah mati,” katanya ketika berita perdana jam 8 malam.
Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mengetuai sekumpulan 200 orang bersenjata yang dikatakan “tentera diraja” Sulu ke Lahad Datu di Sabah pada 9 Februari, dan berharap dapat menakluk negeri Borneo itu.
Tetapi hari ini, selepas sebulan pendaratan mereka, puak bersenjata itu mengalami kematian di tangan pasukan keselamatan Malaysia, yang dalam operasi menghalau mereka dari negeri Malaysia Timur itu.
Insiden yang berlaku di sempadan Malaysia dan Filipina, dan percanggahan pendapat dalam pentadbiran Aquino, kerana membiarkan warganya terlibat dalam kejadian tembak-menembak.
Walaupun diserang, Jamalul berkata di saluran berita ABS-CBN “pintu perundingan masih lagi terbuka”.
Philippine Daily Inquirer melaporkan tengah
hari tadi Setiausaha Luar Albert del Rosario, yang baru pulang dari
Malaysia semalam, merancang mahu memohon maaf kepada Agbimuddin kerana
gagal membalas surat dari pemimpin Sulu kepada pentadbiran Aquino pada
2010, yang meminta pandangan tentang tuntutan keluarganya ke atas Sabah.
“Saya berniat untuk menulis surat memohon maaf,” kata Del Rosario yang dipetik dari Inquirer.
Dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya hari ini, Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) mengakui menerima surat dari Agbimuddin, yang dipercayai menghantar surat kepada Aquino dua hari sebelum Aquino mengambil alih pentadbiran pada 2010, dan surat itu ditemui oleh DFA.
“Setiausaha bertanggungjawab kerana tidak memandang perkara ini dengan teliti,” menurut kenyataan tersebut.
Aquino sebelum ini mengatakan surat tersebut “hilang dalam keserabutan birokrasi,” sementara jurucakapnya Edwin Lacierda berkata Malacanang, kediaman rasmi Presiden, tidak pernah menerima surat dari Agbimuddin.
Menurut laporan sebelum ini, surat tersebut mengucapkan tahniah ke atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden, dan mahu kerajaan membantu Sultan dalam usaha menuntut kembali Sabah, di samping perbincangan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Malaysia adalah fasilitator dalam perbincangan tersebut.
Dalam surat tersebut, Agbimuddin turut memberitahu Aquino tentang penubuhan Badan Pemerintahan Diraja Sementara (ISRRC) di bawah Sultan, berikutan siri perbincangan di Siminul, Indanan dan Kawit di Filipina, akhbar tersebut melaporkan.
Agbimuddin yang merupakan pengerusi ISRRC turut meluahkan kekecewaannya kerana diabaikan selama lima dekad ke atas tuntutan Sabah, mengakhiri surat tersebut dengan berharap dapat menyaksikan “perubahan dalam melihat isu Sabah” dalam pentadbiran Aquino.
The Inquirer turut melaporkan Sultan Jamalul turut menulis surat kepada Aquino pada 2011 dan tahun lalu tetapi tidak mendapat respon, dan bersetuju untuk memberikan “perkenan diraja” membenarkan pengikutnya ke Sabah awal Februari tahun ini.
Pasukan keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu masih lagi bertempur dalam ketegangan selama hampir sebulan yang meragut lebih 20 nyawa, termasuk lapan anggota polis Malaysia.
Serangan udara yang dilakukan tentera udara Malaysia masih belum dibuktikan berjaya, bagaimanapun Agbimuddin dan puak bersenjata masih bergerak bebas.
Menurut laporan dari ahli keluarga di Taguig City,
Filipina, kumpulan tersebut tidak mempunyai rancangan untuk meletakkan
senjata dan bertarung hingga titisan darah terakhir, demi perjuangan
masa depan keluarga tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan