PETALING JAYA: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro
(MNLF), Nur Misuari berkata adalah mustahil ahli MNLF terlibat menyertai
kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan
Sulu yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, dia berkata lelaki bersenjata itu melakukan pencerobohan tanpa kebenaran atau pengetahuan kumpulan tersebut.
Misuari berkata, apabila dia bertanya kepada beberapa 'saudaranya'
sama ada benar bahawa MNLF terlibat dengan kumpulan bersenjata itu,
jawapannya adalah mereka mungkin turut serta kerana menganggap diri
mereka sebagai tentera dan pasukan keselamatan Kesultanan Sulu.
"Ini bermaksud, apabila MNLF pergi berperang, mereka akan bersama
kita tetapi apabila Kesultanan Sulu memulakan misi pencerobohan ke
Sabah, mereka juga akan pergi tetapi tanpa kebenaran kami," kata Misuari
dalam satu temu bual menerusi telefon pada Ahad.
Misuari berkata, dia masih lagi berusaha untuk mengetahui sama ada
salah seorang bekas komander MNLF antara lelaki bersenjata yang dibunuh
oleh anggota keselamatan di Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat berkata, salah
seorang daripada 31 lelaki bersenjata yang terbunuh merupakan ketua
kumpulan penceroboh itu.
Difahamkan, lelaki tersebut merupakan bekas komander yang dikenali sebagai Haji Musa.
Dia merupakan bekas jeneral tentera Filipina yang turut berkhidmat di Vietnam.
Misuari membidas Presiden Filipina Benigno Aquino kerana mendakwa
pihak luar mungkin terlibat dalam pencerobohan itu dengan memberitahu
tidak ada bukti mengenai dakwaan tersebut.
Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin
pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.
Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan
Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil
memberitahu tiada perkara lain dibincangkan.
"Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah," katanya.
Bekas pemimpin pemberontak itu ditahan di Sabah pada 2001 dan diserahkan kembali ke Filipina atas permintaan negaranya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan