MUAR – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yakin
kumpulan ulama muda dan pondok di Kelantan telah membuat kajian sebelum
memutuskan mengundi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah
haram.
Beliau percaya mereka membuat keputusan itu setelah merujuk kepada
kitab-kitab dan menghubungi ulama-ulama besar termasuk dari luar negara.
“Selain itu, mereka juga (mungkin) telah menilai apa yang dilakukan
pimpinan Pas sekarang jauh menyimpang berbanding semasa (di bawah
pimpinan) Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Yusuf Rawa
serta Ustaz Fadzil Noor.
“Kalau mereka berada pada zaman itu, saya percaya ulama-ulama pondok
dan ulama muda ini tidak akan membuat kenyataan seperti itu,” katanya
ketika menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Gerakan Belia 4B kawasan
Parlimen Ledang di Dataran Stulang, Tanjung Agas di sini.
Beliau mendakwa Pas kini terlalu tunduk pada tekanan DAP dan menjadi
alat kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan
hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri.
“Ini menyebabkan Pas bukan lagi meletakkan Islam sebagai dasar
perjuangan mereka, jadi lebih eloklah orang Melayu dan umat Islam
memastikan mereka tidak memberi undi kepada pembangkang pada PRU-13
nanti,” katanya.
Dalam ceramahnya itu beliau turut menggesa orang Melayu dan umat
Islam di Johor supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk
memenangi sebarang kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada
pilihan raya umum kali ini.
Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dipecat
kerana ketegasannya menangani isu murtad itu berkata, umat Islam
Malaysia akan berhadapan dengan masalah jika membenarkan pembangkang
berkuasa.
“Ini kerana pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim memperjuangkan
Islam liberal. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,”
katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mempertahankan kerajaan sedia
ada bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama
ini. – Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan