MANILA - Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu
menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai
pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.
Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.
"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di
kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram
dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram
menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk
menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.
Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah
Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del
Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai
pengganas.
Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.
Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.
Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.
Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12
Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan
Sulu. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan