BANDAR GENERAL SANTOS - Presiden Filipina, Benigno Aquino III
menyatakan kedegilan pengikut Sultan Jamalul Kiram III untuk kekal
berada di Sabah telah menyebabkan perang propaganda berlaku, lapor
portal berita ABS-CBNnews.com semalam.
Aquino menggambarkan tindakan oleh Jamalul Kiram menghantar para
pengikut bersenjatanya ke Kampung Tanduo, Sabah sebagai satu kesilapan
dan telah mengheret negara ini ke kancah bahaya.
Pihak pemerintah berkali-kali berkata, ia bimbang mengenai status kira-kira 800,000 rakyat Filipina di Sabah.
Ramai penduduk Filipina merupakan pendatang haram yang bekerja di ladang-ladang dan beberapa sektor ekonomi lain di Sabah.
Dalam ucapan beliau semasa program bersama calon senator pentadbiran,
Aquino menjelaskan tindakannya meminta para pengikut Jamalul Kiram
menyerah diri dibuat kerana memikirkan kebajikan rakyat Filipina yang
terjejas akibat tindakan mereka menceroboh Sabah.
Aquino menegaskan tuntutan Jamalul Kiram tentang Sabah perlu dibincang secara aman.
Beliau melahirkan rasa bimbang mengenai hubungan negara ini dengan Malaysia kerana tindakan Jamalul Kiram itu.
Katanya, hubungan dua hala di antara kedua-dua negara sudah lama
terjalin dengan Malaysia menjadi fasilitator rundingan damai antara
pihak pemerintah dengan Barisan Pembebasan Islam Moro.
Menurut Aquino, hubungan antara Malaysia dengan Filipina mencapai
tahap yang paling merosot pada tahun 1960-an semasa negara ini
diperintah oleh Ferdinand Marcos.
Misuari desak Presiden Filipina letak jawatan
MANILA, Filipina - Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari mendesak Presiden Filipina, Benigno
Aquino III dan semua pegawai pemerintah yang terbabit dalam krisis di
Sabah meletak jawatan.
Misuari berkata demikian dalam satu wawancara dengan stesen radio Radyo Inquirer semalam.
"Mereka menggunakan kuasa mereka sebagai pegawai pemerintah untuk
bersubahat dengan kuasa asing bagi menentang warganegara mereka sendiri
dan ia amat teruk," kata Misuari.
Pada Selasa lalu, Misuari mengkritik Aquino kerana menyebelahi Malaysia.
Dalam wawancara itu, dia mengecam Setiausaha Luar Negara, Alberto Del
Rosario kerana bersetuju menggelar tentera Sultan Sulu di Sabah sebagai
pengganas. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan