MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram
III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap
anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya
bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.
Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul
Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.
Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan
penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak
berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.
Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.
Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.
Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram
memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon
semalam.
“Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada
Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.
“Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an,” kata Idjirani.
Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina. Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. – Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan