PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan
pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Khamis dan ada pihak
yang mengatakan ia merupakan perbincangan terakhir sebelum pembubaran
Parlimen.
Pegawainya mengesahkan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan
dengan pimpinan tertinggi BN di pejabatnya di Putrajaya bagi
memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya.
Mereka juga akan berbincang mengenai senarai akhir calon yang akan bertanding menggunakan simbol BN.
"Beliau juga akan berbincang siapa yang akan mengambil kerusi apa dan
semua perkara akan dimuktamadkan (hari ini)," kata salah seorang
daripada mereka.
Sumber berkenaan turut mengesahkan Najib akan tiba di Kuala Lumpur
selepas menghabiskan beberapa hari di Pameran Antarabangsa Maritim dan
Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA2013) pada Selasa dan beliau akan terus
menghadiri beberapa mesyuarat bersama beberapa pimpinan Umno.
Ada juga spekulasi mengatakan telah bertemu dengan pemimpin di
peringkat bahagian yang 'bermasalah' di pejabatnya di Putrajaya selepas
mesyuarat Kabinet.
Sumber berkenaan turut memberi bayangan bahawa ramai pemimpin veteran BN akan digugurkan.
"Akan ada ramai muka baru kali ini," katanya.
Parlimen terbubar secara automatik pada tengah malam 28 April bagi mengadakan pilihan raya umum diumumkan.
Dewan Undangan Negeri Sembilan sudah pun terbubar pada Rabu.
Selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu, semua urusan perniagaan berjalan seperti biasa.
Beberapa sumber daripada Kabinet memaklumkan bahawa tiada gambar
kenangan beramai-ramai diambil, yang merupakan tradisi era pemerintahan
bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Parlimen
dibubarkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran Parlimen dan DUN Negeri Sembilan tidak dibincangkan.
Beliau berkata Kabinet menumpukan kepada perbincangan mengenai Pelan
Pembangunan Pendidikan dan keputusan Program Transformasi Kerajaan, dan
Najib tidak menunjukkan tanda-tanda bila beliau mahu mengadakan pilihan
raya.
"Mesyuarat Kabinet (semalam) berjalan seperti biasa dan topik yang
dibincangkan tidak ada yang luar biasa. Kami tidak langsung
membincangkan mengenai pembubaran," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan