Rabu, 6 Mac 2013

3 pesawat F-18 Hornet, 5 Hawk TUDM digunakan

LAHAD DATU: Tiga pesawat F-18 Hornet dan lima pesawat Hawk Tentera Udara Diraja Malaysi (TUDM) melepaskan beberapa bom ke kawasan kebun kelapa sawit tempat berlindung Tentera Sulu di Kampung Tanduo, dekat FELDA Sahabat 17, dekat sini, pagi tadi

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata operasi serangan udara sudah dihentikan sebelum isambunga dengan operasi darat melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Jumlah kecederaan dan kematian Tentera Sulu akan dijelaskan oleh Panglima Angkatan Tenteri, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar petang ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

7 batalion ATM bantu polis

Kuala Lumpur: Sebanyak tujuh batalion tentera dikerah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi laman Twitter, beliau berkata, daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis sepenuhnya dalam menangani krisis ini.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya.

Sementara itu, Timbalannya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata ATM kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Katanya, ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

“Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri, PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

“Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Apabila suruh ambil alih, kami ambil alih,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Tiada ulasan: