SUBANG JAYA: Dua anggota tentera yang gugur, Prebet Ahmad
Hurairah Ismail, 24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, dinaikkan pangkat
ke kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad
Hurairah dan Ahmad Farhan akan diberi melalui
beberapa faedah perkhidmatan.
"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang, tapi
ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan
Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM
Subang, di sini, Rabu.
Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua
wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi
memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Ahmad Hurairah adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia
pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12
Februari lepas.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran
yang berlaku pada 10.45 pagi Isnin di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu,
manakala Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota
Baharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung
Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi.
Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal
Abidin berkata, ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan
menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya
akan diumum kemudian.
Beliau berkata, mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif
hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan
Tabung Angkatan Tentera.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan