MANILA: Adik Sultan Sulu, Raja Muda Agbimuddin Kiram masih
hidup dan selamat di Lahad Datu namun dia dan pengikut-pengikutnya
berada dalam keadaan kelaparan kerana terpaksa bersembunyi daripada
anggota keselamatan Malaysia, kata ahli keluarganya pada Jumaat.
Jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata
berdasarkan maklumat yang disampaikan Agbimuddin, anggota tentera Sulu
kini sudah 'berkumpul semula' selepas serangan pertama ke atas mereka
pada 1 Mac lalu.
"Mereka sentiasa bergerak, tidak dengan bot atau dengan mana-mana
cara pengangkutan tetapi keupayaan sendiri...mereka berjalan. Mereka
sangat kelaparan," kata Idjirani pada sidang media seperti yang
dilaporkan Philippine Daily Inquirer.
Idjirani berkata dia dapat bercakap dengan Agbimuddin kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Terdahulu, anak perempuan daripada Jamalul Kiram, Jacel Kiram
memberitahu media bahawa bapa saudaranya masih selamat di Lahad Datu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan