LAHAD DATU - Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada
dalam keadaan lemah berikutan Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang
mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam
pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.
Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran
bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan
pula seramai lapan pejuang negara gugur.
Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada
kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada
pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut
dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.
Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.
"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam)
pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung
Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar
di sini semalam.
Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang
terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu,
Jamalul Kiram III.
"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang
terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota
keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata
beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan