Khamis, 7 Mac 2013

Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak

MANILA: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com.

Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."

Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.


Genjatan senjata hanya boleh dilakukan jika penceroboh berhenti mengganas: Tun M

SERI ISKANDAR: Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika kumpulan penceroboh berhenti mengganas di Sabah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Sultan Jamalul Kiram III supaya dilakukan gencatan senjata di Sabah.

Dr Mahathir berkata, Kiram sendiri tidak dapat mengawal pasukan penceroboh yang sudah berikrar akan berjuang habis-habisan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiada ulasan: