LAHAD DATU: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun
dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini
adalah satu sandiwara.
Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk
memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa
terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika
menyertai konvoi Operasi Daulat.
"Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan
keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan
ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara.
"Walau ada parti politik
cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan," katanya
ketika berucap di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat pada
Ahad.
Dr Mahathir turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200
anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan. Beliau juga berharap
semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada
pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara
daripada ancaman luar.
Masyarakat Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah sebangsa, katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata Malaysia harus mempertingkat
kekuatan pertahanan negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana
pihak.
Beliau juga yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak akan berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut
kesesuaian muka bumi Sabah, dan tidak akan membenarkan serangan
pengganas berlaku lagi pada masa depan.
"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan negara," katanya. -BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan