KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi ketua pembangkang, Saiful Bukhari
Azlan hari ini menolak dakwaan bapanya bahawa kes beliau diliwat Datuk
Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.
Saiful berkata beliau tidak akan berganjak daripada dakwaannya sebelum ini bahawa dirinya diliwat Anwar.
Berikut adalah kenyataan penuh Saiful :-
KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa
saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik
makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan
bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya
akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala
keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya
lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan,
dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang
saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak,
jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam
mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin kepada Allah SWT..yang benar tetap
benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk
kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang
menjadi mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9. Kedaulatan negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat
musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah
terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus doa, istiqamah dan sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan