SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai
kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan
hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota
polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang,
kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap
penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa
kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul
sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk
siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah
diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala
seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi
ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang
hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam
itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan