MANILA - Seramai 36 orang pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di
Sabah, Azzimuddie Kiram yang ditahan oleh Tentera Laut Filipina selepas
melarikan diri dari Sabah pada pagi kelmarin akan didakwa kerana
memiliki senjata haram, kata Setiausaha Kehakiman Leila de Lima semalam.
Menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer, De Lima
berkata, 35 orang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa sebagai
anggota Tentera Kesultanan Sulu itu akan dihadapkan ke mahkamah atas
tuduhan tersebut.
"Mereka boleh dikenakan tuduhan kerana memiliki senjata api dan
senjata berbahaya," kata De Lima pada satu sidang media di Istana
Malacanang.
Ketika mengulas kritikan yang mendakwa pemerintah bertindak
menfailkan pertuduhan terhadap para pengikut itu dengan cepat berbanding
membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh Malaysia terhadap warga
Filipina, de Lima berkata: "Kumpulan itu telah melakukan tindakan
menyalahi undang-undang dan perbuatan jenayah menyebabkan kita tidak
boleh mengetepikan mereka."
Kelmarin, dua buah bot peronda Tentera Laut Filipina berjaya memintas
dua bot yang membawa 36 pengikut Azzimuddie termasuk seorang wanita
yang memasuki perairan Filipina dari Sabah.
Ketika pemeriksaan, kedua-dua bot itu didapati membawa sejumlah senjata api termasuk M16 dan senapang patah.
Salah seorang penumpang turut dilaporkan cedera.
De Lima berkata, semua penumpang memperkenalkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu.
Bot peronda tentera laut Filipina memintas sebuah bot yang membawa 18
orang penumpang termasuk seorang wanita di perairan Pulau Omapoy
kira-kira pukul 6.35 pagi.
Kira-kira sejam selepas itu sebuah bot lagi yang membawa 18 penumpang dipintas di perairan Pulau Andulingan.
Mereka melarikan diri dari Sabah selepas berlaku pertempuran antara
pasukan keselamatan dengan para pengikut Azzimuddie yang merupakan adik
Jamalul Kiram III.
Pertempuran itu berlaku selepas para pengganas Sulu tersebut
menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dengan alasan untuk menuntut
tanah nenek moyang Kesultanan Sulu.
Namun, Azzimuddie bukan antara yang ditahan.
Menurut De Lima, beliau tidak tahu sama ada pegawai penyiasat memperoleh sebarang maklumat mengenai kedudukan Azzimuddie.
"Daripada semua petunjuk itu, mereka kemungkinan adalah saki-baki
pengikut ke Sabah dan selepas diserang pasukan keselamatan Malaysia
mereka pulang ke sini," katanya.
Kesemua mereka kini ditempatkan di sebuah kem tentera laut di bandar
Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh para pegawai Biro
Siasatan Kebangsaan dan polis. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan