LAHAD DATU – Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops
Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta
perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di
gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.
Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki
kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi
perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.
Tinjauan Kosmo! mendapati sebanyak 17 buah kereta perisai berantai
termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat
dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.
Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi
semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera
Gemas, Negeri Sembilan.
Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata,
kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu
pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.
“Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan
Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak,” kata beliau pada
sidang akhbar di sini semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan