MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak
Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu
yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban
semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah,
lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.
Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya,
Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12
Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu.
Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu.
Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar
itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban
dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan
dengan krisis di Sabah.
"Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertanggungjawab.
"Ia menyebabkan timbul persoalan tentang kewibawaan keluarga Jamalul
Kiram dan pengembaraan mereka yang malang itu," kata pejabat berkenaan.
Pejabat itu mempersoalkan sama ada beberapa dakwaan lain yang dibuat Jamalul Kiram juga palsu.
"Kita semua kini memikirkan adakah terdapat kenyataan-kenyataan lain
yang dibuat keluarga Jamalul Kiram juga adalah palsu?" kata pejabat
tersebut.
Menurut portal berita GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.
Selepas dimaklum beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut palsu.
Gambar askar-askar Thailand yang terkorban itu pernah disiarkan di internet sebelum ini. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan