SEMPORNA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi
menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di
Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung
Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu
adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100
pengikutnya berkubu.
Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
Langkah itu diambil berikutan perkembangan terkini insiden
pencerobohan berdarah di beberapa kawasan di pantai timur Sabah yang
menyaksikan enam lagi anggota polis dibunuh menjadi keseluruhan yang
maut lapan orang.
Dalam satu pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam,
enam anggota polis yang ditugaskan ke kampung tersebut sebaik menerima
maklumat mengenai kumpulan penceroboh maut selepas diserang hendap.
Lebih zalim, seorang anggota polis yang terperangkap ketika serangan
hendap tersebut dipenggal kepalanya oleh tentera Kesultanan Sulu selepas
ditawan tetapi identiti mangsa belum dapat disahkan.
Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang
berpangkat Asisten Supritendan maut selepas perut dirodok menggunakan
senjata tajam dipercayai parang menyebabkan ususnya terburai.
Baki empat lagi anggota yang terbunuh dalam kejadian itu maut
ditembak menggunakan raifal M16 dan AK-47 dengan salah seorang mangsa
dikenal pasti Supritendan Ibrahim Lebar, iaitu dari Unit Risik (E1)
Cawangan Khas Bukit Aman.
Ketika kejadian 57 anggota PGA, Unit Cawangan Khas Bukit Aman serta
Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna memasuki Kampung Sri Jaya sebelum
diserang secara mengejut tetapi sempat membalas menyebabkan enam musuh
terbunuh.
Bagaimanapun kesemua anggota keselamatan negara yang maut hanya dapat
dibawa keluar dari kawasan pertempuran kira-kira pukul 7 malam tadi
selepas sepasukan anggota komando polis VAT 69 melancarkan operasi.
Selain anggota keselamatan dan pihak penceroboh, pertempuran malam
tadi turut mencederakan seorang penduduk kampung, Seha Ghani yang
terkena peluru sesat tetapi mangsa dilaporkan stabil.
Pada masa sama, status mengenai 15 hingga 17 anggota keselamatan
gagal dikesan selepas serangan malam tadi yang pada mulanya dilapor
ditawan terjawab apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
mengesahkan mereka selamat.
Dalam pada itu, sumber ATM mengesahkan seluruh ketumbukan anggota
tentera yang terlibat dalam operasi tersebut kini berada dalam keadaan
siap siaga sepenuhnya dan hanya menunggu arahan untuk melakukan
serangan.
"Ketika ini tentera sudah mengambil alih dan akan mengetuai operasi
bagi menamatkan segera pencerobohan ini. Misi kita adalah menumpaskan
musuh dan bukan berunding," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Di KOTA BHARU, seramai 19 pegawai dan 323 anggota dari 21 Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berlepas ke
Semporna bagi menggempur tentera Kesultanan Sulu.
Kesemua anggota terbabit diterbangkan terus dari Lapangan Terbang
Ismail Petra Pengkalan Chepa kira-kira pukul 2 petang menggunakan
penerbangan khas bagi memperkukuh dan menambah kekuatan pertahanan
negara.
ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan Pantai Timur Sabah
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak
sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai
timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang
setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota
kumpulan itu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata,
pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan
tahap keselamatan rakyat negeri itu.
"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri... PDRM
(Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai
situasi itu.
"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh
ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas
pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian
Pertahanan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.
Abdul Latif berkata, rakyat berhak mengetahui perkembangan dan
maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap
mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.
Sementara itu, di LAHAD DATU, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan
Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan penambahan kekuatan logistik
taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga
keamanan di pantai timur negeri ini.
"Kami akan berkolaborasi dengan polis bagi menjaga keamanan dan
kesejahteraan rakyat Sabah," katanya pada sidang akhbar di situ yang
turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Tinjauan di kawasan Felda Sahabat 17 di Lahad Datu mendapati pihak
berkuasa keselamatan menempatkan unit kereta perisai di kawasan itu. -
BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan