KUALA LUMPUR, 5 Mac - Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai 'Tentera Sulu' di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian
enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
" Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.
Najib berkata sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12 lepas, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
"Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius, " katanya.
Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya.
Sementara itu di LAHAD DATU, wartawan Bernama Haslin Gaffur melaporkan bunyi beberapa siri letupan kedengaran dari sekitar Felda Shababat 17, Kampung Tanduo pagi ini.
Turut kelihatan beberapa pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia melintasi ruang udara Felda Sahabat 16, kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Setengah jam kemudian kami terdengar beberapa siri letupan datang dari arah Kampung Tanduo, yang terletak 20 kilometer dari sini," katanya yang menginap di Hotel Felda Residence, Felda Sahabat 16.
Katanya bangunan dan cermin hotel itu juga bergegar akibat letupan itu.
"Kini terdapat dua pesawat Nuri mendarat di kawasan padang di Felda Sahabat 16, di sini," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan