KUALA LUMPUR, 5 Mac - Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.
Najib berkata Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
"Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.
Najib berkata sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Feb lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
"Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius," katanya.
Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan, dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan