Isnin, 4 Mac 2013

Senarai anggota polis terkorban insiden di Semporna

KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan senarai nama enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap penceroboh di Semporna, Sabah kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam di Kampung Srijaya, Simunul itu, enam penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu turut terbunuh.

Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:
1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman 2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Abdul Aziz Sarikon - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran